Adakah anda menghadapi masalah kewangan?

Kalau YA kenapa? "Engkau" nak bagi aku duit ke?




Tidak. Saya cuma ingin berkongsi cerita bagaimana saya keluar dari masalah kewangan yang perit yang pernah saya alami dahulu. Itu saje.


Dulu saya sangat ego, saya tidak boleh menerima yang saya gagal dari segi kewangan. Saya pandai, saya ada kerja, saya ada bisnes, saya tak perlukan nasihat sesiapa untuk menyelesaikan masalah kewangan saya. Rupa2nya, Ego itulah merupakan tembok penghalang terbesar dalam diri saya untuk bergerak dari satu tahap kepada satu darjat yang lebih baik. Disebabkan terlalu fokus mencari duit untuk menyara keluarga, dan hasilnya duit yang dicari tidak pernah cukup, tanpa saya sedari, saya terlepas dan terlupa untuk menikmati hidup ini. Bagaimana kuat sekali pun saya bekerja, saya tetap dapat duit yang sedikit, yang hanya mampu untuk meneruskan kehidupan yang biasa2 saje. Tiada nikmat tetapi keperitaan yang sudah menjadi satu kebiasaan dalam diri.


Dibawah ini saya berikan contoh keperitan hidup, tetapi dah jadi kebiasaan dalam hidup ramai orang.


1. Dulu suka buat budget bulanan setiap kali dapat gaji, tapi sekarang dah takut nak buat budget lagi, kerana takut untuk menerima hakikat yang duit gaji kita, buat macamana budget sekali pun, pasti tak cukup. Jadi biarlah masa yang menentukan nasib kami sekeluarga. Harap2 tiada apa2 berlaku dari kebiasaan bulan ini, tiada roadtax/insuran kereta yang expired, tiada ahli keluarga yg kena sakit teruk2, tiada eksiden terlanggar belakang bontot kereta orang, tiada panggilan telefon dari bank datang secara mengejut, tiada mak/abah atau adik beradik datang nak pinjam duit. Kalau ini senarionya, terimalah hakikat yang kita ada masalah kewangan.


2. Bagi duit dekat mak/bapak, kadang2 ada juga tuang (tak bagi), ada yang tak bagi lansung. Jengok2 mereka jarang2 sekali, sebok bekerja untuk cari duit. Nak jaga mak/bapak ? Jauh disudut hati, kecut perut juga, boleh ke aku nak jaga, aku sibuk bekerja ni. Mulut tak terkeluar cakap yang hati kecil kata "Boleh ke aku jaga, tak menyusahkan ke nanti, macamana, aku bukan banyak duit, aku kerja, nak bagi makan anak bini lagi". Itu pendeharkaan yang tersembunyi dalam hati ramai anak kepada ibubapa mereka. Tiada siapa yang tahu, hanya kita sahaja yang tahu. Semoga kita dilindungi dari lintasan hati tersembunyi sedemikian. Kalau ini senarionya, terimalah hakikat yang kita ada masalah kewangan.


3. Dah lama cuba settlekan hutang kad kredit, tapi tak selesai2, jadi kita pun ambil pinjaman pribadi dari bank kerana bercadang untuk settlekan semua hutang lain, biar satu hutang aje dengan bank, senang sikit. Tapi akhirnya, kita dapati hutang kad kredit tak settle, hutang bank pula bertambah. Atau pun, masa mula2 dapat duit pinjaman, semua kredit kad selesai, tapi akhirnya, ambil balik semula kredit kad yang lain, hutang lagi, bertambah dan bertambah. Kalau dah sampai tahap pinjam along, lari kesana sini bersembunyi dari along, ini dah sampai tahap kritikal. Kalau ini senarionya, terimalah hakikat yang kita ada masalah kewangan.


4. Dulu masa mula2 kawin jarang bergaduh, tapi sekarang sering bergaduh dengan pasangan hidup kita, dan anda dapati punca pertengkaran tersebut berpunca dari masalah kekurangan duit. Dulu seorang bekerja untuk menyara keluarga, tapi sekarang ini, isteri terpaksa bekerja. Dulu isteri banyak masa bersembang dengan suami, sekarang masa isteri di pejabat jauh lebih banyak dengan boss ditempat kerja berbanding dengan suami di rumah. Memanglah, dulu isteri tak kerja. Dulu banyak masa untuk anak2, sekarang dah tak ada masa, itu pun hujung minggu. Pergi jalan2 bercuti pun, kena tunggu cuti sekolah, itu pun kalau ada budget. Kalau ini senarionya, terimalah hakikat yang kita ada masalah kewangan.


5. Bila anda sering menekankan bab berjimat, itu jimat, ini jimat, sehinggakan anak nak melanjutkan pelajaran ke universiti pun, anda tersedik dalam hati, aku rasa tak mampu nak menyekolahkan anak sehingga ke universiti. Bila suami/isteri/anak sakit kritikal, kita tak bawa ke hospital pakar, kita lebih suka bawa jumpa tok bomoh, atau untuk dapatkan air jampi itu dan ini, pasal nak jimat. Anda nak sangat beli sesuatu barang, tapi anda terpaksa fikir berkali2 atau sudah berkali2 tertangguh nak beli. Anak anda ingin beli sesuatu yang agak mahal sikit, tapi disebabkan tak cukup duit, anda beri nasihat sebegini, "Buat apa beli benda tu, kan membazir je", sebenarnya anda tahu yang anda sedang berbohong. Kalau ini senarionya, terimalah hakikat yang kita ada masalah kewangan.


6. Umur dah masuk 40 tahun, tapi duit simpanan dalam bank tak sampai RM5,000. (Jangan kira EPF, lambat lagi nak dapat, itu pun kalau ada). Kalau umur 40 tahun, baru ada simpanan RM5,000, kita kena terima hakikat yang kita bila umur 80 tahun baru ada simpanan RM10,000. Bila umur 120 tahun baru ada RM15,000. Bila umur 160 tahun baru ada RM20,000. Bila umur 200 tahun baru ada RM20,000. Kalau ini senarionya, terimalah hakikat yang kita ada masalah kewangan.


7. Anda benci sekali dengan kerja anda, anda benci sekali dengan boss anda. Teruk kena maki pun anda tetap kerja disitu. Kalau ini senarionya, terimalah hakikat yang kita ada masalah kewangan.


Anda ingin keluar dari masalah kewangan seperti ini?

Kalau YA teruskan bacaan website ini, kerana nanti saya akan kongsikan bagaimana saya keluar dari kemelut masalah kewangan tersebut dengan satu cara yang pasti anda sendiri akan terkejut, kerana caranya terlalu mudah, modalnya terlalu kecil, lesen meniaganya sudah berada ditangan cuma belum digunakan lagi dan semua orang boleh melakukannya. Tetapi soalannya, kenapa tak ramai yang berjaya keluar dari kemulut kewangan jika sudah ada cara mudah tersebut?

Jawapannya kerana EGO. Ego lah yang memenjarakan kita selama ini untuk menikmati keindahan hidup yang Tuhan kurniakan dimuka bumi ini. Ego lah yang menyebabkan syaitan terkeluar dari kenikmatan tersebut. Ego lah tahap pengukur darjat manusia.


Mungkin kita tidak sedar, sebab kita rasa kita telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan masalah kewangan kita, kita sangat rajin bekerja, tetapi 'belum ada rezeki lagi'. Mungkin anda betul, anda belum bertemu jalan sahaja lagi. Tetapi hakikatnya, anda tidak akan bertemu jalan tersebut, jika anda tidak mahu mencari. Doktor tidak dapat mengubati pesakit yang tidak mahu datang ke hospital untuk berubat. Cikgu tidak boleh mengajar murid yang tidak mahu pergi sekolah. Seseorang tidak boleh dibantu kalau dia sendiri tidak mahu dibantu. Kesedaran tidak akan datang kepada sesiapa yang awal2 lagi sudah menutup pintu hati untuk mengetahui sesuatu kebenaran. Anda tidak akan berubah jika anda sendiri tidak mahu berubah.



Anda akan sentiasa dapat seperti biasa yang anda dapat,

kalau anda buat perkara yang seperti biasa anda buat.


Disini saya ingin kongsikan kepada anda satu cara, yang saya gunakan untuk mengeluarkan diri saya dari masalah kewangan. Caranya adalah dengan menjalankan PERNIAGAAN dan perniagaan yang paling sesuai ketika itu, dengan tidak memerlukan modal yang besar, dengan tidak memerlukan saya berhenti kerja, dengan tidak perlu membuka kedai, tidak perlu ambil lesen dengan majlis bandaran, tidak perlu buat pinjaman bank, tidak perlu buat kertas kerja, tidak perlu menggunakan tenaga pekerja, tetapi mempunyai perancangan perniagaan yang baik, tidak ada resiko seperti perniagaan yang lain, mempunyai potensi yang besar, mempunyai market yang luas, dan yang ada pada tahun 2010 ketika itu, yang ada dalam radar pengesanan saya, hanyalah perniagaan networking Tone Excel. Semasa saya memula perniagaan ini, saya langsung tiada kenderaan, motor pun tak ada. Baru lepas berhenti kerja. Baru lepas mengalami trauma rumah tangga, apa pun tak ada. Tetapi setiap kejadian terlalu besar hikmatnya yang kita tidak lihat diawal kemunculannya. Ramai yang beranggapan, malapetaka adalah malapetaka, tetapi apabila masa berlalu, barulah kita menyebut, baik nasib Tuhan uji saya dahulu dengan perkara ini dan itu, menyebabkan aku menjadi hari ini. Syukur.


Oleh itu rakan2 semua, sesiapa sahaja yang mahu berubah, dari susah kepada senang, dari kesempitan kepada keselesaan kewangan, marilah kita sama2 menjalankan perniagaan Tone Excel ini.

Perkongsian buat duit sampingan dgn modal RM90 sahaja ~ Mazelan Abas

Siri Buat Duit Dengan Tone Excel : Langkah2 dalam bisnes ToneExcel ~ Mazelan Abas

Siri Buat Duit Dengan Tone Excel : Petua buat duit dengan telepon bimbit...

Panduan perniagaan ToneExcel Cara SMS ~ Mazelan Abas

Siri Buat Duit Dengan Tone Excel : Cara mudah nak dapat duit sampingan ~ Mazelan Abas

Tone Excel On RTM 2 News ~ Mazelan Abas

Cara mengiklankan bisnes ToneExcel anda menjadi automatik ~ Mazelan Abas

Cara pengiraan komisyen toneexcel ~ Mazelan Abas

5 MAZELAN ABAS TIPS POWER ONLINE BUSINESS TUNETALK TONEEXCEL AFFILIATE ~ Mazelan Abas